Sunday, 6 December 2015

Si Durian Belanda

   assalamualaikum and hai,sekarang nak share tentang satu-satunya tanaman yg pernah aku beli dan tanam.(beli pun sebab nak bagi kat tok mami :* ) Sebenarnya aku bukan jenis yang suka pokok,bunga.Biasa2 je,kalau tgk bunga,pokok tak de laa sampai nak nangis,menjerit mahupun histeria. Nampak pokok or bunga cantik be like "Ohhh,bunga,cantiknya" lalu berlalu drpd tempat itu :')
 Pokok pertama yang aku beli ialah pokok durian belanda. Beli dekat nurseri UPM masa pergi amali pertanian kat sana. Actually,nak beli bunga utk tok mami tapi tak jumpe bunga. Lepas tu bila nmpak pokok durian belanda ni mcm best je nk bg kat tok mami dan terfikir kalau dh berbuah mesti sedap makan XD
     Tanpa berfikir panjang,aku pun pilih laa pokok tu untuk dibeli.Masa tu pilih pokok yang paling banyak daun and dahan*paling banyak pun dua dahan je*. Lepas beli,rasa macam comel je kalau letak nama kan.Fikir punya fikir,letak laa nama ANDER sempena belANDER, acah matsalleh sikit *flip tudung*
    Hari beli tu pulak hari jumaat dan biasa hari jumaat aku akan balik rumah.Nak di jadikan cerita aku angkut laa ANDER drpd Serdang ke Gombak *termasuk bawak ANDER ke shopping mall utk beli subway :') * Esok harinya aku pergi rumah tok mami, nak serahkan ANDER kat dia. Tok mami nak letak nama pokok tu ANIS, sempena nama aku. Tapi aku bagi tau tok mami, aku dah letak dah nama pokok tu XD . Tok mami kadang-kadang panggil ANDER, kadang-kadang panggil ANIS -.-
   Aku beli ANDER pada hari jumaat,31 July 2015.Jadi harini dah 4 bulan 6 hari  ANDER jadi sebahagian drpd family aku.Tok mami jaga ANDER dengan bagus. ANDER sekarang dah cantik,besar,daun pun dah hijau. Happy sangat tengok ANDER dh membesar. Semoga ANDER cepat membesar, sabar nak makan anak-anak buah ANDER.

gambar diambil pada 14 September 2015
ANDER sekarang dah makin segak :')


No comments:

Post a Comment